Bacaan Qunut merujuk kepada doa yang dibaca di dalam solat pada tempat yang
khusus sewaktu berdiri. Qunut Nazilah merupakan salah satu daripada tiga
jenis qunut yang sunat dibaca mengikut Mazhab Syafii selain qunut dalam Solat Subuh dan qunut pada separuh malam kedua
terakhir Ramadan dalam Solat Sunat Witir.
Qunut Nazilah sunat dibacakan ketika umat Islam
didatangi bala bencana atau ditimpa musibah seperti peperangan, wabak, kemarau dan
sebagainya. Bacaan Qunut Nazilah ini pernah dibacakan oleh Rasulullah
sallallahu`alaihi wasallam ketika kejadian pembunuhan beramai-ramai 60 orang
penghafaz al-Quran selama sebulan berdasarkan hadis berikut yang bermaksud:
“Sesungguhnya Nabi sallallahu`alaihiwasallam telah
membaca doa qunut pada waktu selain dari Subuh ketika turunnya sewaktu pembunuhan
sahabat-sahabatnya penghafaz-penghafaz al-Quran.”
-Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim-
Tatacara bacaan
Qunut Nazilah
- Qunut ini boleh dibacakan pada tiap-tiap sembahyang fardhu jika
kedatangan bala atau sebarang cubaan dari Allah SWT.
Dari Abi Hurairah radhiyallahu`anhu beliau berkata:
"Demi Allah, sesungguhnya aku akan mendekatkan kamu cara solat Rasulullah
S.A.W. Maka Abu Hurairah melakukan qunut pada solat Zuhur, Isyak dan Subuh.
Beliau mendoakan kebaikan untuk kaum mukminin dan memintakan laknat ke atas
orang-orang kafir".
Abu Hurairah radhiyallahu`anhu juga meriwayatkan
bahawa sesungguhnya Nabi S.A.W tidak membaca qunut melainkan apabila beliau
berdoa untuk kebaikan seseorang atau mendoakan kehancuran seseorang. Apabila
baginda berkata: "sami'allahu liman hamidah" Baginda berkata “Rabbana
lakalhamd dan Baginda S.A.W membaca doa”.
- Qunut ini dibacakan pada waktu iktidal selepas ruku’ pada rakaat terakhir.
Diceritakan kepada kami Asim berkata, aku bertanya
pada Anas bin Malik tentang qunut, lalu dia berkata sememangnya qunut itu ada.
Aku berkata samada sebelum rukuk atau selepasnya, Anas berkata selepas rukuk.
Aku berkata lagi, sesungguhnya seseorang telah mengkhabarkan kepadaku bahawa
engkau memberitahunya sebelum rukuk. Anas berkata dia berdusta, sesungguhnya
Rasulullah S.A.W membaca qunut selepas rukuk selama sebulan dan
diperlihatkannya ketika mengutus satu kaum yang dikatakan mereka itu baik bacaannya
seramai 70 orang kepada kaum musyrikin yang telah melakukan perjanjian dengan
Rasulullah S.A.W.
(mengikut riwayat hadis yang lain, 70 orang
al-qura’ yang diutuskan oleh Rasulullah tersebut telah dibunuh). Lalu baginda
berqunut selama sebulan mendoakan kecelakaan ke atas mereka.
- Sunat ditambah bacaan doa ini
selepas bacaan qunut harian.
- Disunatkan kepada Imam untuk
membacanya secara kuat dan diaminkan oleh makmum dalam solat yang
berjemaah.
Lafaz doa qunut
nazilah
“
|
اللهم
أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلَّ الشِّركَ و المشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المسْتَضْعَفِين فى فلسطين و فى كل
مكان و فى كل زمان.
|
”
|
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah!
Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang
muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestin dan di semua
tempat dan di semua masa.
“
|
اللهم
دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و
المنَافقين اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى
نُحُورِ أعداءِنَا و نَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و
فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم
كَلْبًا مِن كِلَابِك
|
”
|
Ya Allah! Binasakan
musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan
Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami
serah kepada Mu) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka.
Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan
kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan
anjing dari anjing-anjing kamu.
“
|
يا
قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب
العالمين
|
”
|
Wahai Tuhan yang
maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai
Allah!!
“
|
اللهم
يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَّحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم
الكفار , اهزم اليهود , اهزم
أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم
|
”
|
Wahai Allah, tuhan
yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang
mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan amerika
dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.
“
|
اللهم
انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن
عبادك
|
”
|
Ya Allah, Engkau
berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami
dan kami adalah hamba-hamba kamu.
“
|
اللهم
ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة وقنا
عذاب النار
|
”
|
Ya Allah! Rezekikan
kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di
dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
“
|
وصلى
الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين
|
”
|
Wallahu a'lam
Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash,
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu
ayat"
(Hadith riwayat Al-Bukhari)
No comments:
Post a Comment