Saturday, December 1, 2012

pengiraan waktu dhuha

Assalamu'alaikum~

Alangkah menariknya hari yang kita lalui itu kita mulakan dengan mengingati Allah, macam-macam kita boleh lakukan selepas solat subuh, baca al-quran, baca al-ma'thurat, membuat halaqah ilmu bersama keluarga, dan sebagainya. Asalkan ianya bukan perkara yang melalaikan. Barulah perjalanan hidup kita akan dirahmati Allah. Seterusnya sampai masanya untuk solat sunat dhuha,lalu kita pon sujud mengerjakannya.

Dalam artikel kali ini, saya telah meng'copy paste'kan satu info dari majalah kegemaran ramai iaitu SOLUSI (tak ingat dah edisi mana)...


Waktu Solat Dhuha adalah dari waktu naik matahari sehingga waktu condong matahari ke arah barat. Pengiraan Waktu Dhuha secara astronomi adalah berdasarkan formula Waktu Syuruk ditambah dengan satu pertiga perbezaan Waktu Syuruk dan Waktu Subuh atau secara purata Waktu Dhuha bermula 28 minit selepas Waktu Syuruk dan ia berakhir setelah masuk Waktu Zuhur.

Contoh pengiraan berdasarkan formula astronomi :
                Waktu Dhuha = Waktu Syuruk + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh)

Contoh jadual waktu sembahyang di Mukah (Zon 4) pada 16 Mac 2011 :
Waktu Syuruk    :               0638 pagi
Waktu Subuh     :               0524 pagi

Waktu Dhuha di Mukah pada 16 Mac 2011 ialah :
Waktu Syuruk + 1/3 (Waktu Syuruk – Waktu Subuh)
= 0638 + 1/3 (0638 – 0524)
= 0638 + 1/3 (74)
= 0638 + 25 minit
= 0703 = 7:03 pagi

Sumber : Unit Falak, Bahagian Penyelidikan JAKIM. Kaedah Panduan Falak Syarie.

Selepas seronok mengira, sekarang jom kita sama-sama amalkan solat sunat Dhuha.


Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekah
hanya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.
------------------------------------
Wallahu a'lam
Dari Abdullah Ibn Amru Ibn Al-Ash,
Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sampaikan dariku walau satu ayat"
(Hadith riwayat Al-Bukhari)



No comments: